Najib seperti burung unta dalam menghadapi pelbagai krisis yang melanda negara

0
347

Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Menteri Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Najib Razak bersikap seperti burung unta dalam menghadapi pelbagai krisis yang melanda negara. Daripada mengambil jalan berhadapinya, Najib memilih untuk mengelak daripada berdepan dengan masalah dan memilih bertaruh nasib menunggu sehingga masalah berakhir dengan sendirinya.

Dasar Yang Tidak Serius

Pembentangan bajet mendedahkan keinginan mendalam Najib untuk mencari pujian daripada penonton di televisyen seluruh negara. Ini merupakan tahun kedua teleprompter diletakkan di hadapannya. Saya memahami keperluan teleprompter pada majlis-majlis besar di mana penceramah perlu mengutarakan ribuan data dan fakta.

Tetapi dalam aturan Parlimen Westminister, Menteri Kewangan sepatutnya bercakap dengan Ahli Parlimen yang duduk di ruang parlimen dahulu, barulah mengambil kira mereka yang menonton dari televisyen. Tetapi disini, tidak ada percubaan atau usaha oleh Najib untuk bercakap dengan ahli di dalam dewan itu.

Mungkin dengan meniru gaya ucapan Presiden Amerika Syarikat di Dewan Senat (“State of the Union Address”), Najib menjemput ramai individu untuk hadir di dalam Dewan Rakyat dan akan memanggil satu-satu nama apabila dasar-dasar yang berkaitan dengan mereka, disebut. Tetapi entah bagaimana, persembahan ini menjadi berlebih-lebihan hingga merosakkan tujuannya.

Bagaimanapun, ucapan bajet hanyalah berkaitan dengan sesuatu hal yang Menteri Kewangan mahu anda dengar, ia bukan seperti yang tertulis dalam belanjawan sebenar dan terperinci. Bencana sebenar ada di dalam butiran dokumen, bukan ucapan.

Lebih Banyak Jenaka Tanpa Hala Tuju

Dengan penelitian yang mendalam tentang anggaran perolehan kerajaan kita boleh merumuskan bahawa Najib terlalu optimis mengenai prospek ekonomi Malaysia pada tahun 2017. Kerajaan berharap untuk memperolehi RM40 bilion Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun 2017 manakala sasaran untuk 2016 adalah RM38.5 bilion (asalnya RM39 bilion tetapi dengan semakkan semula). Perolehan GST bergantung kepada penggunaan domestik yang kukuh yang mana ia tidak mungkin berlaku pada tahun 2017.

Kerajaan juga menjangkakan peningkatan kutipan cukai syarikat sebanyak 9.5 peratus dan peningkatan cukai petroleum sebanyak 24.9 peratus. Memandangkan kelembapan ekonomi global semasa dan pasaran minyak yang tidak menentu, kedua-duanya optimis dan tidak realistik.

Najib tidak memberi apa jua halatuju dan tidak ada respon strategik terhadap kelembapan ekonomi global. Tidak ada usaha untuk menangani kekangan struktur dan masalah ekonomi Malaysia. Berikut adalah tiga pengumuman dalam ucapan jenaka yang tidak sepatutnya datang dari seorang menteri kewangan.

Pertama, Najib memulakan ucapan dengan bercakap tentang penjimatan dan bagaimana seseorang itu perlu membelanjakan wangnya dengan berhati-hati. Selepas itu beliau menganggap Malaysia sebagai “syurga makanan” dan menggalakkan graduan untuk mengikuti jejak langkah peniaga “Nasi Lemak Anak Dara” yang menjadi “usahawan” (perenggan 17-23).

Ia bukan satu masalah jika seorang rakan menyarankan “strategi untuk hidup” seperti menjual nasi lemak ketika masih menganggur, tetapi ia sangat mengejutkan apabila seorang Menteri Kewangan sebuah negara, menasihati graduan universiti untuk menjadi penjaja ‘Nasi Lemak’.

Penjaja dan lain-lain pekerjaan sektor umum adalah merupakan “perusahaan sara hidup bandar” bagi mereka yang tidak mempunyai akses kepada sektor yang lebih formal atau apabila sektor formal tidak mampu memberi upah yang setimpal. Selalunya, orang memilih untuk menjadi penjaja sebagai pilihan yang terakhir, bukan sebagai kerjaya pilihan pertama.

Tugas menteri kewangan pula adalah untuk merangka strategi ekonomi bagi memastikan sektor formal dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang baik dan mencukupi.

Selanjutnya, dalam suasana kelembapan atau kemelesetan yang ketara, jika semua orang tidak mampu untuk makan di luar, pada masa yang sama pula lebih ramai yang berlumba-lumba untuk menjual nasi lemak kerana kekurangan pekerjaan sektor formal, maka krisis pekerjaan akan muncul tidak lama lagi.

PM Sarankan Siapa Untuk Buat Kerja Sambilan?

Kedua, Najib mengatakan kumpulan B40 (40 peratus golongan berpendapatan rendah) untuk membuat kerja tambahan (sambilan) sebagai pemandu Uber. Beliau berkata, jika seseorang memandu Uber antara 10 hingga 40 jam seminggu, mereka akan mendapat sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan. Jika seseorang itu memandu lebih daripada 40 jam seminggu, maka pendapatan bulanannya boleh meningkat kepada RM 4,300 (perenggan 176-178).

Tidak ada percubaan untuk bertanya soalan tuntas mengapa begitu ramai rakyat Malaysia yang berpendapatan begitu sedikit, selain dari menawarkan nasihat untuk mereka menjadi pemandu Uber. Bagaimana jika dalam kelembapan ekonomi semua orang menjadi pemandu Uber? Bagaimana jika bekalan pemandu Uber melebihi permintaan mereka yang memerlukan perkhidmatan ini?

Ketiga, Najib amat berbangga mengumumkan bahawa 7 juta rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) (perenggan 124). Dari sisi lain ini jelas menunjukkan bahawa 7 juta rakyat Malaysia adalah miskin dan memerlukan bantuan. Tidak ada dasar untuk memulihkan keadaan ini selain daripada mengatakan bahawa sentiasa ada orang miskin di setiap negara.

Najib mula membaca teks pada pukul 4 petang pada hari Jumaat. Wakil Rakyat pembangkang bertindak keluar dewan pada 5:50 apabila di perenggan 255, beliau menuduh pembangkang bersandiwara, iaitu secara sengaja mendakwa bahawa ekonomi negara berada dalam keadaan bencana, dan dia bertanya siapa yang menjadi pengkhianat.

Sebelum itu, Najib telah menghentam anggota pembangkang di banyak tempat di awal ucapannya. Menghina pembangkang untuk tontonan penonton televisyen adalah permainannya.

Kami mengambil keputusan “cukup dan cukup”. Pembangkang berjalan keluar dewan meninggalkan Perdana Menteri yang mana beliaulah yang menjadikan Malaysia sebuah negara kleptokrasi global dan beliaulah seorang menteri kewangan yang membuat belanjawan tanpa mempunyai apa-apa inspirasi untuk ditawarkan kecuali penghinaan terhadap pembangkang.

(Kenyataan media oleh Liew Chin Tong, Pengarah Politik Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Kluang di Kuala Lumpur pada 24hb Oktober 2016)

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here