Selepas sedekad perubahan, apa yang menanti di depan?

0
312

Ucapan pembukaan oleh Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan dan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong di sesi dialog bersama cabang DAP Subang Jaya di Subang Jaya pada 9 Oktober 2017.

Ramai pengundi Johor menyangka saya berasal dari Pulau Pinang ketika bertanding untuk kerusi Parlimen Kluang pada Pilihan Raya Umum ke-13 kerana saya sebelumnya berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Bendera. Saya sebenarnya berasal dari Subang Jaya.

Bagaimana saya boleh ada di Pulang Pinang?

Pada awal 2008, saya diminta bertanding di Pulau Pinang untuk membantu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang cuba kembali ke Parlimen selepas dipinggirkan untuk dua penggal antara 1999 hingga 2008. Guan Eng terlepas dua penggal itu kerana dipenjara setahun di Penjara Kajang ekoran pensabitan tidak adil pada 1998 kerana menolong gadis Melayu bawah umur berhubung kes pemerkosaan. Beliau sebelumnya terpilih menjadi ahli Parlimen di Kota Melaka pada 1986.

Dalam tempoh ketika pilihan raya umum dikatakan bakal tiba sekitar November 2007, tidak banyak kerusi di Selangor yang dilihat boleh dimenangi DAP. Di Pulau Pinang, saya perlu berdepan dengan Setiausaha Agung Gerakan Chia Kwang Chye yang ketika itu merupakan lawan yang kuat. Sebagai seorang yang masih sangat muda, saya menyahut cabaran itu. Kami berhasil di Bukit Bendera dan DAP, bersama-sama rakan sekutu kami, menawan Pulau Pinang. Lima negeri berada di bawah Pakatan Rakyat.

Hannah Yeoh ketika itu

Pada 17 Februari 2008, empat hari selepas Parlimen dibubarkan, saya meninggalkan ibu pejabat lama DAP di Petaling Jaya dengan sangat maklum bahawa saya akan kembali ke Lembah Klang selepas hari pengundian. Pada hari itu saya terserempak dengan Tony Pua yang memperkenalkan saya kepada anak muda bernama Hannah Yeoh buat pertama kali. “Dia adalah calon untuk kampung halaman saudara di Subang Jaya,” Tony Pua kata kepada saya.

Itu adalah hari-hari ketika sangat susah buat DAP menemukan calon sesuai untuk terjun dalam politik menyertai parti pembangkang. Lebih sukar adalah untuk menemukan calon yang mempunyai kelayakan yang tinggi untuk bertanding di kerusi yang kelihatan hampir mustahil untuk dimenangi. Bertanding sebagai calon DAP dilihat seakan-akan sebagai khidmat negara yang tidak ramai sanggup melakukannya.

Subang Jaya merupakan salah satu kerusi seumpamanya yang dilihat mustahil dimenangi oleh pembangkang. Sepuluh tahun kemudian, kita mempunyai Hannah Yeoh yang mendapat penghormatan tinggi sebagai pemimpin politik dan komuniti. Kisahnya, yang diceritakan dalam buku tulisannya “Becoming Hannah”, adalah suatu kisah yang begitu intim dengan tsunami politik hebat pada 2008.

Apa yang kita boleh harapkan daripada PRU14?

Apa yang saya cuba sampaikan adalah ini: jika 2008 merupakan pilihan raya yang menjadi titik perubahan, 2018 bakal menjadi pilihan raya yang lebih bermakna dan meninggalkan kesan. Sama ada sepuluh tahun lagi di bawah ketidakcekapan pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak atau permulaan baru dengan Tawaran Baru untuk Malaysia.

Kini wujud keresahan mendalam di kalangan pengundi Melayu terhadap Najib dan Umno. Namun ramai akan kata mustahil untuk mengalahkan Umno.

Saya mahu mengingatkan kita semua bahawa sedekad lalu, pada Oktober 2017, meskipun merasakan golongan akar umbi sangat tidak menggemari Barisan Nasional, tidak ramai yang menjangkakan terjadinya tsunami politik pada Mac 2008.

Pakar politik ketika ini tak henti-henti mengatakan DAP dan Pakatan Rakyat cuma boleh bermimpi untuk melihat tsunami politik baru, terutamanya perubahan undi di kalangan pengundi Melayu. Seperti sedekad lalu, dalam cara pemikiran konsevatif mereka, pakar-pakar seperti itu percaya bahawa mustahil pembangkang untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Terpulang kepada kita sebagai rakyat peduli yang menyayangi Malaysia untuk membuktikan dakwaan para pengkritik itu tersasar. Terpulang kepada kita menumpukan masa dan tenaga untuk membuat perubahan bagi sebuah Malaysia yang lebih baik di simpang yang bersejarah ini.

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here