31 C
Johor, Malaysia
Wednesday, December 13, 2017
Liew Chin Tong_parliment

Liew Chin Tong telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Kluang pada pilihanraya Mei 2013, dan beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Bendera (2008-2013). Sejak 1999, Chin Tong telah berkhidmat untuk DAP dalam pelbagai kapasiti dan beliau sekarang merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat, sebagai Pengarah Biro Pendidikan Politik.

Chin Tong memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Politik dan Pengajian Asia daripada Australian National University, dan mempunyai Ijazah Sarjana Antarabangsa dalam bidang Integrasi Serantau daripada Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya.

Chin Tong pernah menjadi Pengarah Eksekutif Penang Institute (sebelum itu dikenali sebagai Socio-Economic and Environmental Research Institute, SERI) pada 2009-2012 serta Research for Social Advancement (REFSA, 2007-2011), dan Penyelidik Pelawat di Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS), Singapura. Beliau boleh dihubungi melalui supportlct@www.liewchintong.com.

Buku-buku
Liew Chin Tong (2013), Putrajaya Milik Siapa?: Genta Media
Liew Chin Tong (2013), Middle Malaysia: Centre Ground Is Battle Ground: Genta Media
Liew Chin Tong (2009), Speaking for the reformasi generation Kuala Lumpur: Research for Social Advancement (REFSA)